akademisi

AKULTURASI ISLAM DAN BUDAYA DI KEPULAUAN RIAU (KOMPANG)




AKULTURASI ISLAM DAN BUDAYA DI KEPULAUAN RIAU


 


BAB I
PENDAHULUAN
A.    Latar Belakang
Akulturasi adalah suatu proses sosial yang timbul manakala suatu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing. Dan kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah dalam kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri. Sedangkan menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia akulturasi adalah percampuran dua kebudayaan atau lebih yang saling bertemu dan saling memengaruhi atau proses masuknya pengaruh kebudayaan asing dalam suatu masyarakat, sebagian menyerap secara selektif sedikit atau banyak unsur kebudayaan asing itu.[1]
Dalam kebudayaan melayu pun terdapat akulturasi antara islam dan kebudayaan melayu sendiri salah satu contoh riyelnya seperti kompang. Kompang merupakan sebuah alat music teradisional melayu berasal dari dunia arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13.

B.    Rumusan Masalah
1.      Apa itu kompang?
2.      Bagaimana perkembangan alat music tradisional melayu (kompang)?
3.      Bagaimana cara memainkannya dan apa fungsinya?


BAB II
PEMBAHASAN
A.    Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat dari kulit kambing Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu jenis nangka atau nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Dalam konteks persembahan, kumpulan kompang akan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peranannya masing-masing.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi ‘bum’ di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

B.    Perkembangan kompang di masyarakat melayu
Menurut salah satu seniman melayu, minat dan pengetahuan masyarakat masa kini sangat minim sekali tentang instrumen musik melayu, terutama pada anaak usia remaja baik di sekolah maupun masyarakat. kebanyakan Mereka lebih menyukai instrumen musik modern karena itu lebih membuat mereka menjaga gengsi kepada teman sebayanya, karena mereka menganggap musik daerah adalah musik kuno dan musiknya orang-orang tua.
Kurangnya minat dan pengetahuan masyarakat dikarenakan karena minimnya informasi mengenai kesenian musik melayu daerah membuat terutama anak remaja kurang memperhatikan musik daerahnya sendiri sehingga mereka tenggelam dengan kebudayaan musik daerahnya masing-masing, serta selalu mengutamakan dan menganggap baik budaya musik yang berada di luar budayanya misalkan budaya barat.
Hal ini perlu adanya himbauan dan ajakan jika budaya daerahnya tidak ingin punah, banyak cara yang bisa dilakukan seperti penerapannya lewat sekolah-sekolah baik dari SD-SMP-SMA tatapun dengan membuka sanggar , semua tergantung kesadaran masyrakat dengan budayanya. Jika budaya ingin tetap hidup dan berkembang pasti slalu ada jalan, perngorbana yang kuat. Kita yang menabur maka kita pula akan menuai hasilnya.

C.     Cara memainkan kompang
Cara memaainkan kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan pada saat acara perarakan pengantin, kenduri, alat musik pengiring tari dan upacara-upacara sakralan pernikahan lainnya oleh masyarakat sambas. Orang-orang yang memainkannya cenderung yang lebih tua, tak terlihat sedikitpun anak-anak remaja yang memainkannya kenapa demikian, timbul pertanyaa kita, kenapa yang memainkan hanya orang tua? Kemana para remajanya?. Jawabannya ialah, pertama kenyataannya mereka tidak mengerti dan tidak memahami cara memainkan alat musik tersebut, kedua mereka tidak tertarik sama sekali memainkannya, kurangnya motivasi berupa himbauan atau ajakan dari para orang tua untuk mengajarkan memainkannya. Bisa dibilang para orang tua lebih asik memainkan alat musik tersebut bersama para orang tua sebayanya. Padahal kata memainkan alat musik tersebut baik acara adat pernikahan atau lainnya tidak begitu sakral, siapa saja boleh memainkan alat musik itu.

D.    Fungsi kompang
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;
1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban, berzanji)
2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar
3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.
5. Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi
6. Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu.



BAB III
PENUTUP
A.    KESIMPULAN
Kompang merupakan artifak melayu yang amat tinggi nilai estetikanya Kompang merupakan sejenis alat muzik yang dimainkan oleh masyarakat melayu. Kompang adalah sejenis alat muzik paluan yang serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian arab atau qasidah-qasidah.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.   Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi untuk memukulnya.



DARTAR PUSTAKA
Tim Penyusun Kamus Pusat Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kamus Besar Bahasa Indonesia
(Cet. II; Jakarta: Balai Pustaka, 1990),


[1] Tim Penyusun Kamus Pusat Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kamus Besar Bahasa Indonesia (Cet. II; Jakarta: Balai Pustaka, 1990), h. 134.



@



0 comments:

AKULTURASI ISLAM DAN BUDAYA DI KEPULAUAN RIAU (KOMPANG)