AKULTURASI
ISLAM DAN BUDAYA DI KEPULAUAN RIAU
BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Akulturasi adalah
suatu proses sosial yang timbul manakala suatu kelompok manusia dengan
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing. Dan
kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah dalam kebudayaannya
sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri.
Sedangkan menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia akulturasi adalah percampuran
dua kebudayaan atau lebih yang saling bertemu dan saling memengaruhi atau
proses masuknya pengaruh kebudayaan asing dalam suatu masyarakat, sebagian
menyerap secara selektif sedikit atau banyak unsur kebudayaan asing itu.[1]
Dalam kebudayaan
melayu pun terdapat akulturasi antara islam dan kebudayaan melayu sendiri salah
satu contoh riyelnya seperti kompang. Kompang merupakan sebuah alat music
teradisional melayu berasal dari dunia
arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman
Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad
ke-13.
B.
Rumusan
Masalah
1. Apa itu kompang?
2. Bagaimana perkembangan alat music tradisional melayu
(kompang)?
3. Bagaimana cara memainkannya dan apa fungsinya?
BAB II
PEMBAHASAN
A.
Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik
tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam
kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat dari kulit
kambing Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu
jenis nangka atau nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit
kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya
dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya ketegangannya
lebih terjamin.
Pada
kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan
bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan
bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Kompang biasanya berukuran enam belas
inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia
mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara
memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari
atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan secara
berkumpulan. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan
upacara-upacara tradisi lain. Dalam konteks persembahan, kumpulan kompang akan
dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peranannya masing-masing.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara
bukaan tapak tangan. Bunyi ‘bum’ di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan
tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan tepukan di tengah
kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan
kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden
ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil
menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik.
Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan
ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan
kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.
B.
Perkembangan kompang di masyarakat melayu
Menurut salah satu seniman melayu,
minat dan pengetahuan masyarakat masa kini sangat minim sekali tentang
instrumen musik melayu, terutama pada anaak usia remaja baik di sekolah maupun
masyarakat. kebanyakan Mereka lebih menyukai instrumen musik modern karena itu
lebih membuat mereka menjaga gengsi kepada teman sebayanya, karena mereka
menganggap musik daerah adalah musik kuno dan musiknya orang-orang tua.
Kurangnya minat dan pengetahuan
masyarakat dikarenakan karena minimnya informasi mengenai kesenian musik melayu
daerah membuat terutama anak remaja kurang memperhatikan musik daerahnya
sendiri sehingga mereka tenggelam dengan kebudayaan musik daerahnya masing-masing,
serta selalu mengutamakan dan menganggap baik budaya musik yang berada di luar
budayanya misalkan budaya barat.
Hal ini perlu adanya himbauan dan
ajakan jika budaya daerahnya tidak ingin punah, banyak cara yang bisa dilakukan
seperti penerapannya lewat sekolah-sekolah baik dari SD-SMP-SMA tatapun dengan
membuka sanggar , semua tergantung kesadaran masyrakat dengan budayanya. Jika
budaya ingin tetap hidup dan berkembang pasti slalu ada jalan, perngorbana yang
kuat. Kita yang menabur maka kita pula akan menuai hasilnya.
C. Cara memainkan kompang
Cara memaainkan kompang ialah dengan menepuk kulit kompang
dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya
dimainkan pada saat acara perarakan pengantin, kenduri, alat musik pengiring
tari dan upacara-upacara sakralan pernikahan lainnya oleh masyarakat sambas.
Orang-orang yang memainkannya cenderung yang lebih tua, tak terlihat sedikitpun
anak-anak remaja yang memainkannya kenapa demikian, timbul pertanyaa kita,
kenapa yang memainkan hanya orang tua? Kemana para remajanya?. Jawabannya
ialah, pertama kenyataannya mereka tidak mengerti dan tidak memahami cara
memainkan alat musik tersebut, kedua mereka tidak tertarik sama sekali
memainkannya, kurangnya motivasi berupa himbauan atau ajakan dari para orang
tua untuk mengajarkan memainkannya. Bisa dibilang para orang tua lebih asik
memainkan alat musik tersebut bersama para orang tua sebayanya. Padahal kata
memainkan alat musik tersebut baik acara adat pernikahan atau lainnya tidak
begitu sakral, siapa saja boleh memainkan alat musik itu.
D. Fungsi kompang
Persembahan
kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan
untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini
turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang
ialah;
1.
Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble
(nasyid, marhaban, berzanji)
2.
Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi
yang melibatkan pembesar
3.
Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif,
cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
4.
Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak
bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.
5.
Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi
6.
Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau
kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi,
yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan
keaslian permainan muzik tradisional Melayu.
BAB III
PENUTUP
A.
KESIMPULAN
Kompang merupakan artifak melayu yang
amat tinggi nilai estetikanya Kompang merupakan sejenis alat muzik yang
dimainkan oleh masyarakat melayu. Kompang adalah sejenis alat muzik paluan yang
serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain
dalam persembahan tarian dan nyanyian arab atau qasidah-qasidah.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab
dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan
Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh
pedagang Arab.
Alat ini dimainkan dengan memukul dan
mengetuk kulit dengan tangan atau jari. Permainan Kompang lazimnya
dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun
'berarak' mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan
menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan
lagi untuk memukulnya.
DARTAR PUSTAKA
Tim Penyusun
Kamus Pusat Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kamus Besar Bahasa Indonesia
(Cet. II; Jakarta: Balai Pustaka, 1990),
[1] Tim Penyusun Kamus Pusat Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kamus
Besar Bahasa Indonesia (Cet. II; Jakarta: Balai Pustaka, 1990), h. 134.
@
Tagged @ AKULTURASI ISLAM DAN BUDAYA DI KEPULAUAN RIAU (KOMPANG)
0 comments:
Post a Comment